
Anak yang sulong. Sekarang berumur 5 tahun. Lahir pada 23 FEBRUARI 2004, bersamaan 2 MUHARRAM 1425H, hari Isnin. Insyirah lahir dalam keadaan jantungnya berlubang. Bermacam-macam cara dan ikhtiar telah kami lakukan untuk merawat penyakit jantung berlubangnya. Termasuk pergi ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Institut Jantung Negara (IJN) dan Rawatan Assyifa di Meru bersama Abg Omar. Alhamdulillah, dia semakin sihat dengan rawatan yang telah kami usahakan serta berkat doa Almarhum kedua ibu bapa mertua saya iaitu MOHD RUJI dan MANISAM SUDAR, serta ibubapa ku iaitu HJ ISMAIL dan SITI KHALIJAH.Kepada ALLAH SWT aku panjatkan kesyukuran diatas limpah rahmatnya kerana tanpa keredhaannya serta keizinannya tidak mungkin Insyirah akan sembuh, kerana segala-galanya adalah ketentuannya. Aku panjatkan kesyukuran kepada ALLAH SWT kerana telah mendorong abang birasku iaitu Abg Jurimi kerana telah membawa kami kepada Abg Omar (PUSAT RAWATAN REFLEKSOLOGI & ASSYIFA)di Meru, untuk mencuba rawatan di sana. Alhamdulillah dengan berkat doanya, INSYIRAH semakin sihat, daripada selalu demam, lambat berjalan, cepat letih, tetapi sekarang INSYIRAH semakin cergas dan jarang demam. Dia dah boleh berlari, melakukan aktiviti-aktiviti lasak yang dia mahu. Antara rawatan yang telah beliau lakukan ialah dengan minum air yang telah Abang Omar doakan, serta makan madu seperti madu susu dan Madu Khaula daripada Iran. Seorang anak yang mendengar cakap, berjiwa lembut tapi boleh tahan bila dia berleter serta tekun bila membuat sesuatu. Cepat belajar sesuatu perkara yang baru dan rajin membantu mamanya mengemas bilik tidurnya serta membasuh pinggan mangkuk.


No comments:
Post a Comment