
Siti Nur Irdina, anak yang kedua. Berusia 4 tahun. Lahir pada 28 OGOS 2005, hari Ahad, bersamaan 23 REJAB 1426H. Berat badan semasa kelahirannya ialah 3.0 kg. Terpaksa dilahirkan secara pembedahan kerana kedudukannya songsang di dalam rahim ibunya. Ada kisah seminggu sebelum kelahirannya. Pada malam selepas kenduri tahlil arwah bapa mertua aku, isteri aku mengadu sakit (counteraction). Tidak tidur lena malam itu, kerana sakitnya itu datang secara kerap. Bila sudah tidak boleh tidur, aku mula siapkan kain baju untuk dibawa ke hospital keesokan harinya. Tetapi bila menjelang subuh sakitnya itu tidak terasa lagi. Aku bawa isteri aku pergi periksa dan scan di Klinik Kg Jawa untuk memastikan keadaan kandungan dan isteri aku selamat. Bila doktor itu scan, beliau kata bayi songsang dan bayi itu kemungkinan besar lelaki. Aku dan isteri terperanjat dan merasa gembira mendengar kata doktor tersebut. Walaupun sebelumnya bidan kampung mengatakan aku kemungkinan besar mendapat anak perempuan, berdasarkan pengalamannya sebelum ini. Jadi kami tidak ambil peduli dengan kata doktor tersebut, walaupun hati berkata jika Allah SWT izinkan dapat anak lelaki tentu seronok. Jadi kami akan dapat sepasang, seorang lelaki, seorang perempuan. Tapi doktor itu menasihatkan kami supaya membuat pemeriksaan lanjut di HTAR, Klang. Hari Isnin keesokannya kami pergi ke HTAR, Klang untuk membuat pemeriksaan lanjutan. Doktor tersebut mengesahkan kedudukan anak kami songsang. Beliau bagi kami 3 cara untuk melahirkan anak yang implikasi kemudiannya kalau tidak berhasil terpaksa melalui cara pembedahan. Beliau meminta kami memikirkannya dulu sebelum membuat keputusan. Jadi selepas balik berbincang dengan mak serta kedua orang tua aku di kampung serta adik beradik iparku. Maka kami mengambil keputusan untuk membuat pembedahan dan memberitahu doktor tersebut seingat aku hari Khamis. Doktor itu telah menetapkan tarikh pembedahan itu pada hari Ahad 28 Ogos 2005. Pendaftaran di wad hospital pula hari Sabtu. Berdebar-debar kami dibuatnya. Maklumlah pertama kali terpaksa melalui proses melahirkan anak secara pembedahan, kerana anak sulung kami dulu lahir secara normal. Kakaknya si Insyirah tu tak sabar menanti adiknya lahir ke dunia. Bila selesai isteri aku dibedah, kami ingat betullah bayi lelaki. Tetapi kuasa tuhan, siapa yang boleh duga. Allah Maha Besar, Kami telah dikurniakan bayi perempuan lagi sekali. Alhamdulillah aku ucapkan kepada mu tuhan kerana telah mengurniakan kami zuriat yang sempurna. Kuucapkan alhamdulillah juga kerana isteri aku selamat melalui pembedahan tersebut. Kelahiran bayi kami ini telah disambut dengan penuh kesyukuran oleh almarhum ibu mertua dan kedua ibubapa ku yang telah bersusah payah atang dari kampung bersama dengan kak long dan abang iparku. Aku dengan penuh syahdu dan kegembiraan melaungkan azan dan iqamah ketelinga anak ku itu. Semasa doktor menyambut kelahirannya kaki anak kami terkehel. Bila kami cuba luruskan kakinya pasti Irdina akan menangis kesakitan. Jadi aku telah bawanya berjumpa dengan seorang bidan kampung di Jalan Kebun untuk mengurut kakinya itu. Alhamdulillah kakinya telah dapat diluruskan semula. Kini Irdina telah membesar dengan sihat, tapi dianya lebih lasak dari kakaknya Insyirah. Memilikki otak dan akal yang pintar kerana apa yang kami ajarkan pada kakaknya, dia boleh mengikutnya dengan baik. Cuma kami kena bersabar dengan perangainya yang keletah dan tidak berenti duduk diam bila mengajarnya.


No comments:
Post a Comment