16 March 2009
KEHIDUPAN
Bila kita dilahirkan ke dunia yang fana' ini kita telah berjanji terhadap Allah SWT di Luh Mahfuz bahawa kita hanya akan menyembah dan beriman kepadanya. Tetapi setelah kia lahir kita telah lupa akan janji-janji kita itu lantaran kerana telah terpesona dengan keindahan dan tipu daya di dunia ini. Maka sudah tentu kita mestilah berusaha untuk kembali kepada fitrah suci kita sebelum ini dengan mencari semula jalan kembali kepada Allah. Usaha ini boleh kita lakukan dengan mengharapkan taufiq hidayah daripada Allah. Tetapi ianya mestilah dengan usaha seperti berusaha belajar dengan mencari guru-guru yang mursyid lagi sidiq. Tanpa ilmu dan amal segala usaha kita untuk mencari jalan pulang atau kembali ke pangkal jalan hanyalah usaha yang sia-sia. Tanpa taufiq hidayah daripada Allah SWT kehidupan manusia akan menjadi porak peranda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment