16 March 2009
TAZKIRAH
ALLAH SWT mencipta manusia adalah untuk menjadi sebagai seorang hambanya yang bertakwa kepadanya.Sifat sebagai seorang hamba sudah tentu akan melakukan setiap peraturan dan arahan tuannya tanpa banyak persoalan.Berlainan dengan seorang kuli, kerana sifat seorang kuli itu akan melakukan kerjanya dengan mengharapkan sebarang imbuhan. Begitulah kita dengan Allah SWT, kerana kita sebagai hambanya akan melakukan sesuatu itu hanya untuk mendapatkan keredhaan daripadanya, tidak lebih daripada itu. Kita sebagai hambanya dalam kehidupan seharian hanya akan melaksanakan perintahnya iaitu "BUAT APA YANG DISURUH, TINGGALKAN APA YANG DILARANGNYA".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment